Monday, May 09, 2005
Koyo tersenyum sendirian.Kadangkala ketawa kecil dan menyanyi sendirian.Pelik Hariz Azhan melihat gelagat temannya itu.Sejak pulang tadi begitulah keadaannya.
“Kau ni, dah kenapa Yo?”soal Hariz Azhan dia gelihati melihat gelagat Koyo yang angau.
“Angau.”sepatah jawapan Koyo.Tidak perlu menyembunyikan apa apa dari Hariz Azhan. Memang dia sedang angaukan wajah cendrawasih yang tidak dikenalinya.
“Kau kenal dia pun tidak.Angau terus,lain kali tegurlah.Tanya nama ke,minta nombor telefon ke.”usik Hariz Azhan.Dia tersenyum dengan gelagat Koyo yang bagaikan anak kecil yang baru mengenal cinta.
“Alah,kalau ada jodoh tak kemana.”gelak Koyo dengan jawapannya sendiri.Kelakar benar dengan dirinya yang mabuk dilanda ombak asmara.
Hariz Azhan cuma ketawa kecil mendengar kata kata Koyo itu.
“Jatuh cinta ke kawan aku sorang ni?”usik Hariz Azhan.Gelak tawa mengiringi kata katanya.
“Alah,aku terpaut je.Bukan ada apa apa.Kau ni tak bagi chance aku nak hepi.Ape lah.”
“Kau tau tak, mana tau dia jodoh kau,mungkin esok lusa jumpa lagi.”kata Hariz Azhan.
Koyo tersenyum kecil tanda menyetujui kata kata Hariz Azhan.Kalau jodoh tak kemana. Pasti ada pertemuan yang terjadi antara mereka.Dia tidak pasti adakah dia sekadar menyukai senyuman manis itu ataupun jatuh hati pada pemiliknya.Tapi apa yang pasti bayangan wajah lembut itu sudah tidak mampu terpadam dari ingatannya.
Wajah itu bagaikan terpahat kukuh dalam hatinya.Melekat dan seakan sudah sebati dalam dirinya.Dia tersenyum sendirian.Kuatnya penangan cendrawasih yang tidak bernama itu. Terasa sebu perasaan hingga kini.Sudah terlalu lama perasaan itu hilang dari dalam hatinya,namun malam itu tiba tiba perasaan yang sudah lama bagaikan mati tiba tiba segar kembali dalam dirinya.
Qarin Nasuha membuka tudung hijau lembut itu.Menguraikan rambut panjangnya.Mahu melegakan kepala sebelum tidur.Dia mahu mandi bersihkan badan sebelum tidur.Ah, letih benar menghadiri pelbagai mesyuarat.
Dia tidak selesa tinggal dibandar besar seperti Kuala Lumpur,rasa tidak sabar sabar mahu pulang semula ke tempat asalnya.Dia rindukan udara nyaman waktu pagi dan wangian bunga rose di ladang milik mereka disana.
Dan dia paling rindukan si kecil kesayangannya.Baru sebentar tadi berbual dengan anak itu dalam perjalanan pulang ke hotel tadi.Riang anak kecilnya berbicara dengannya.
Esok dia perlu menghadiri satu lagi perjumpaan dengan syarikat pembekal sebelum dia boleh pulang semula setelah segala urusannya selesai.
Qarin Nasuha sabar menantikan hingga lampu isyarat bertukar warna.Dia perlu menyebarangi kesesakan lalu lintas sebelum sampai semula ke hotel penginapannya.
Langkah diataur menyusuri jalan bila lampu bertukar hijau untuk pejalan kaki,dia bersama sama pejalan kaki lain sibuk menyeberangi jalan raya sebelum lampu bertukar merah semula.Dia mengatur langkah sedikit lega bila sudah selamat menyeberang.Tidak sabar rasanya mahu pulang dan berehat dibilik hotel.Lemas dia dengan kesesakan lalulintas yang menyerabutkan kepalanya.
Koyo terkesima sekali lagi.Matanya bulat memandang kea arah seseorang yang sedang berjalan ditepi jalan sambil leka memerhatikan sekitarnya.Tali pinggang keledar dibuka,hati mendesak kuat agar dia turun menyapa gadis itu.
“Cendrawasih!!”sepatah perkataan itu lahir dari mulutnya.Belum pun sempat dia membuka pintu kereta kedengaran hon bertalu talu dari belakang Honda City miliknya itu.
“Ah!!Shit!!”geram dia bila melihat lampu isyarat bertukar hijau.Dengan berat hati dia menutup kembali pintu kereta dan menekan pedal minyak.Bengang dia dengan keadaan itu.
Melepas lagi!Bisik hati kecilnya.Dia masih sempat memandang dari cermin sisi,gadis itu leka berjalan langsung tidak menyedari apa yang berlaku pada dirinya.
Dia ketawa kecil seketika kemudiaan.Tiba tiba terkenangkan kembali kata kata Hariz Azhan.Ah,kali kedua dia bertemu gadis itu.Dan andai ada pertemuan ketiga dia akan pastikan dia tahu nama cendrawasih tidak bernama itu.
Dia bagaikan mamai terus dengan pertemuan yang tidak pernah terduga itu.Hati seakan berlagu riang.Senyuman pada wajah itu bagaikan mengamit sebuah perasaan yang sukar mahu dibicarakan.
Hariz demam!!Kelam kabut Qarin Nasuha berkemas.Dia perlu segera pulang.Anak kecil itu sedang demam.Sayu dia seketika bila babah mengatakan Hariz memanggil manggil namanya.
Anak itu rindukan dirinya.Dah terkesima,tidak sampai seminggu dia tinggalkan Hariz bersama keluarganya disana,dan kini anak itu sedang demam rindukan dirinya.Kasih sayang yang erat antara mereka menyebabkan anak kecil itu terlalu merinduinya.
Dia tidak peduli dengan temujanji yang direncanakan bersama wakil Munawar Holdings apa yang dia tahu dia harus segera pulang kerumah.Dia rindukan anak kecil itu dan kini dia semakin sebak bila diberitahu Hariz sedang demam.
Dalam hati dipanjatkan doa agar tiada perkara buruk yang berlaku.Dia hanya mahukan anak itu selamat dan yang lain dia tidak mahu ambil tahu.
Tanpa sedar mengalir air matanya.Dia menyeka air matanya perlahan lahan.Terasa begitu sukar mahu mengambarkan perasaannya saat itu.Sayangnya dia pada Hariz hanya Tuhan yang tahu.Dia tidak sanggup kalau terjadi sesuatu pada anak kecil kesayangannya itu.
“Adik,Riz tak apa apa.Jangan lah risau sangat.Demam dah kebah pun.”pujuk Nadya memeluk lembut bahu adik iparnya itu.Tersentuh hati kecilnya melihatkan kasih sayang antara keduanya itu.
“Adik risau kak,kesian Riz demam.”ujar Qarin Nasuha.Muram wajahnya.Kepenatan memandu hampir tiga jam tidak dihiraukannya.Hanya Hariz yang ada dalam hatinya saat itu.
“Dah,jangan muram lagi.Adik pun dah tengok kan.Riz dah sihat.Adik pergi naik atas, mandi lepas tu kita makan sama sama.Akak dah masak lauk kegemaran adik.”pujuk Nadya.Tersenyum lalu menarik lembut tangan Qarin Nasuha agar gadis itu bangun.
“Wah,ketam masak kari ke?”tanya Qarin Nasuha.Terliur dia mendengar kata kata kakak iparnya itu.Ditenung wajah wanita bakal ibu itu.Dengan usia kandungannya yang mencecah lima bulan,Nadya tetap nampak anggun.
“Tau pun.Dah mandi dulu key.”tersenyum Nadya dengan gelagat adik iparnya itu. Manjanya tidak pernah berubah namun dia tahu ada semangat yang cukup kental dalam dirinya.Sekali pandang tiada siapa yang tahu apa yang pernah dilalui gadis tinggi lampai itu.
Tiada siapa yang terduga dugaan apa yang dilalui Qarin Nasuha dahulu.Dia sendiri rasa belum tentu mampu untuk mengharungi dugaan sehebat itu andai dia ditempat Qarin Nasuha.
“Sayang akak.”ujar Qarin Nasuha,pipinya melekat lembut pada pipi kakak iparnya itu. Ketawa kecil bila Nadya sempat mencubit pipinya.
“Riz!!!”terjerit Qarin Nasuha mengejar si kecil Hariz berusia empat tahun itu.Anak kecil itu berlari keseluruh kedai.Jenuh dia mengejar langkah nakal itu.
“Uweeeekkkk.”sikecil ketawa sambil mengejek dia.
“Amboi!Pandai ejek mama ya?Nanti dia.”ugut Qarin Nasuha.Dia lantas menghampiri si kecil,dipeluk erat anak kecil itu.Dicium pipinya berkali kali.
“Nakal lagi anak mama ni.”dia mencubit manja pipi Hariz.
“Sayang mama.”petah sikecil berbicara.Sambil menguncup pipi Qarin Nasuha.
“Yela,sayang lepas tu ejek mama ek.”dia ketawa kecil memandang Hariz.Wajah mulus itu begitu menyentuh hati wanitanya.Dicium berkali kali pipi mongel itu.
Hariz hanya tersengih,sekali lagi mengucup pipi mamanya.
Qarin Nasuha ketawa kecil,anak itu begitu pandai mengambil hatinya.Keletahnya yang manja begitu menghiburkan hatinya.Tidak lekang hidupnya sehari tanpa kasih sayang yang dicurahkan anak kecil itu padanya.
“Adik!”panggil Qayyum pada Qarin Nasuha dan Hariz yang leka bergelak ketawa.
“Dah ke bang?Jom ah.Adik dah lapar,penat lagi kejar budak nakal ni.”ujar Qarin Nasuha sempat mencubit pipi si kecil.
Hariz hanya tersenyum nakal dia meronta turun dari dokongan Qarin Nasuha.Berlari mendapatkan Qayyum yang sedang sarat mengendong barang.
“Ayah long!”dia berlari mendapatkan Qayyum,memeluk erat kaki lelaki itu.Melarikan diri dari mamanya.
“Tengok tu,nak ngadu ngan ayah long.”usik Qarin Nasuha ketawa melihat gelagat anaknya itu.
“Dah,jom kita balik.Kita denda mama suruh mama masak ok.”ujar Qayyum.Dia ketawa kecil melihat gelagat anak beranak itu.Seketika dia terkaku disitu,melihatkan senyuman indah diwajah Qarin Nasuha tiada siapa menyangka derita apa yang dilalui gadis itu selama ini.
“Abang,jom la.”panggil Qarin Nasuha,sekejapan saja Hariz sudah berada dalam pelukannya.
Qayyum hanya tersenyum kecil mendengar panggilan adiknya itu.Dia lantas tersenyum emergency dan segera membuntuti langkah dua beranak yang sedang riang ketawa.Turut sama menumpang kebahagiaan milik mereka.
“Cuaca makin sejuk sekarang ni kan.”ujar Qayyum memecah suasana sunyi antara mereka.Memerhatikan Hariz yang sedang leka dengan mainan barunya langsung tidak mempedulikan keliling.
“Adik tidur malam sekarang ni selubong aje.Sejuk sangat Genting sekarang ni.”ujar Qarin Nasuha.
“Eh,abang tak nak ambil kak Nadya sekali ke?”soal Qarin Nasuha.Teringatkan kakak ipar yang lembut menjadikan dia tersenyum.
“Dia abis kelas petang adik.Lepas masak nanti abang ambik lah dia.”jawab Qayyum dia kembali menumpukan perhatiannya pada pemanduan.Berhati hati memandu dalam keadaan berkabus dan jalan yang licin.
“Adik ingat petang nanti nak singgah ke ladang.Babah sibuk sangat kat sana tu.Kesian adik tengok dia.Nanti abang tumpangkan adik sekali boleh?”pinta Qarin Nasuha.
“Kan adik ambik cuti.Nak pergi ladang lagi.Baik tak payah ambik cuti.”tergelak Qayyum mendengar permintaan adik kesayangannya itu.
“Alah,bukan apa kesian babah tu.”pantas dia menjawab.Mengusahakan ladang bunga dan sayur sayuran bukan semudah yang disangkakan sebelum ini.Tambahan pula ladang teh yang diusahakan mereka semakin luas pasarannya.
Apa lagi susah untuk mereka semua menyesuaikan diri pada mulanya.Mujur teman teman babah banyak membantu.Sebagai ketua jurutera apa lah yang babah tahu tentang sayur sayuran, bunga ros dan tanaman teh.Dia pula sebelum ni kalau computer ke sistem ke pandai lah dia.
Namun dia bersyukur,berbudi pada tanah tidak rugi.Berkat kerja keras mereka sekeluarga ladang yang diusahakan semakin membuahkan hasil yang lumayan.
Qarin Nasuha leka mengacau kauh asam pedas kegeraman mereka sekeluarga. Harumannya memenuhi seluruh ruang dapur menjadikan Hariz berlari mendapatkan mamanya.
“Sedapnya bau.”ujar si petah Hariz,dia menghampiri Qarin Nasuha tersenyum riang pada mamanya itu.
“Anak mama lapar?”direnung wajah kecil yang meruntuh kasih sayangnya.Ah,wajah itu terlalu tulus dan suci.
Indahnya wajah itu memberikan dia seribu kekuatan tersendiri yang tidak pernah menghampakan dirinya.Kasih sayang dari anak kecil itu yang memberikan dia kekuatan untuk kembali bangkit dari kelukaan lalu.
“Lapar.”jawab Hariz sambil mengosok perutnya.Telatahnya menjadikan Qarin Nasuha ketawa kecil.Sekejap lagi kita tunggu atuk balik boleh makan sekali,okey.Anak mama ni baik kan.Riz pergi duduk depan dengan ayah long dulu, key.”ujar Qarin Nasuha memujuk anak kecil itu.
Hariz tidak banyak kerenah,mengangguk dan tersenyum berlari menuju keruang tamu mendapatkan Qayyum yang leka menonton rancangan kegemarannya.
Hariz Azhan tersenyum memandang wajah ayu gadis itu.Potret Qarin Nasuha yang ada dalam simpananya dikeluarkan dari almari pakaian.Tersimpan rapi beratus ratus foto kenangan mereka disitu.Ah,rindunya dia pada gadis itu.
Sudah terlalu lama dia tidak mendengarkan kata kata cinta dari wanita yang amat disayanginya itu.Rindu terasa begitu menikam kalbu.Sukar baginya untuk meneruskan hari harinya tanpa kehadiran gadis itu disisi.
Begitu sukar untuk dia melupakan kenangan lalu.Malahan tidak akan mungkin dia akan menyintai sesiapa sehebat cintanya dia pada Qarin Nasuha.Dia mengeluh berat.
Kepalanya sarat dengan pelbagai masalah yang menyesakkan dirinya.Permintaan ibunya agar dia menerima calon isteri yang ditetapkan menjadikan dia semakin rimas.
Ingin ditolak dia tidak sampai hati.Tapi untuk menerima bulat bulat cadangan Hajah Sapina dirasakan amat mustahil baginya.Hingga saat ini dia masih sayangkan Qarin Nasuha walaupun entah kemana gadis itu kini.Saat itu dia terbayangkan tangisan Hajah Sapina yang merayu agar dia menerima gadis pilihan ibunya itu.
Sesak nafasnya dengan permintaan itu.Permintaan sebelum ibunya pergi menunaikan haji tahun ini.Terlalu berat permintaan ibunya kali ini.
“Orang pergi haji ni macam pergi berperang cu,tak tahu dapat balik lagi ke tidak.Mak hanya minta cu tunaikan permintaan mak ni aje.Kamu bertunang lah dulu dengan cikgu Adela tu.Bukan mak suruh kawin.”
Kata kata ibunya membuatkan dia tidak senang duduk.Bagaimana dia mahu menerima kehadiran wanita itu andai hatinya tidak mahu.Mahu dipaksa hatinya kah?Dia tahu biar berapa lama sekali pun tidak akan mungkin dia dapat melupakan Qarin Nasuha.
Sudah terlalu banyak dugaan yang mereka lalui dalam hubungan mereka.Sudah terlalu banyak cubaan yang ditempuhi mereka,lalu harus beginikah penghujung cinta mereka?
Hariz Azhan tak punya jawapan.Sesak dadanya dengan masalah yang menyerabutkan fikiran.Pening kepalanya dengan desakan ibu yang seakan tidak mahu mengerti hatinya.
Sukar benarkan untuk ibu memahami apa yang ada dalam dirinya?Bukankah ibunya sendiri menjadi saksi apa yang dilaluinya bersama Qarin Nasuha bertahun lalu?Payah untuk dia memahami hati seorang wanita.Entahlah,kadangkala bagaikan begitu lembut dan kadangkala begitu keras bak logam yang kukuh tersergam.
“Riz!!”ketukan dimuka pintu biliknya mengejutkan Hariz Azhan terdengar suara Koyo memanggilnya dari luar pintu biliknya.Cepat cepat dia bingkas bangun menyimpan kembali album album kenangan cintanya.
“Nak apa?”soal Hariz Azhan membukakan pintu buat temannya itu.Pelik melihat Koyo yang tersengih sengih bagaikan kerang busuk.
“Mak kau telefon petang tadi.”pendek ayat permulaan Koyo namun cukup untuk membuatkan mata Hariz Azhan terbuntang.
“Kenapa?”pantas dia menyoal.
“Terima ajelah Riz.Kesian aku tengok mak kau tu.Sampai bila lagi kau nak tunggu buah hati kau tu.Mak kau dah tua Riz.”tutur Koyo bersahaja.
Dia duduk dibirai katil Hariz Azhan.Memerhatikan bilik berwarna kontras itu.Ceria rasanya dengan warna merah garang dan biru gelap menghiasi dinding.Dipadankan dengan cadar dan set rekaan moden.
“Kau tak faham Koyo.”ujar Hariz Azhan.Dia mengeluh berat.
“Kau tak nak ceritakan kisah lalu kau pada aku.Macamanalah aku nak tahu Riz.”pancing Koyo.Sudah terlalu lama dia nantikan cerita dari teman itu.Begitu sukar mahu mendengar cerita lalu Hariz Azhan.Lelaki itu terlalu perahsia.
“Terlalu berat aku nak buka cerita ni Koyo.Entahlah,kalau kau tahu apa yang kami lalui,kau tentu faham kenapa aku jadi macam ni.”kata Hariz Azhan.Dia menarik nafas seakan mahu meredakan perasaannya saat itu.
Serentak itu dia memejamkan mata seketika.Terus terbayangkan seraut wajah yang dihiasi senyuman indah.Semudah itu dia teringatkan Qarin Nasuha.Lalu bagaimana lagi dia harus menerima permintaan ibunya itu?
Wajah Qarin Nasuha selalu menemaninya dimana mana.Siang dan malam tidak pernah lekang wajah itu hadir dalam dirinya.Dan bagaimana mungkin untuk dia menerima kehadiran wanita lain dalam hidupnya??!!
Sudah tiga tahun berlalu,namun dia masih ingat dengan jelas rupa bentuk,setiap inci wajah itu.Dan bagaimana mungkin dia mampu menghapuskan ingatannya pada gadis itu hanya semata mata kerana permintaan ibunya.
“Riz!”tersentak Hariz Azhan bila bahunya ditepuk Koyo.Pantas dia membuka mata, tersedar dari lamunannya.
“Kau betul nak tahu kisah lalu aku?”soal Hariz Azhan.Rasanya sudah tiba masanya untuk dia membuka kisah lalunya pada temannya itu.
Koyo menganggukkan kepala.Tidak sabar mahu tahu kisah cinta temannya itu.Hebat benarkan hinggakan Hariz Azhan masih menantikannya bertahun lamanya.
Perlahan Hariz Azhan memandang temannya itu.Mulutnya perlahan memulakan bicara. Tersenyum bila mengingatkan pertemuaan pertamannya dengan gadis itu.Dia terus bercerita kisah lalu dan turut sama membawa seribu kebahagiaan dan sebuah duka yang begitu menyakitkan.
&!burried at 4:36 PM